Friday, November 6, 2009

Anjing Hitam


Ni satu cerita pasal Anjing Hitam lak...Sonia geram betul ngan klik2 anjing hitam ni, da la kamu tu hitam legam pastu suke sangat merayau memalam buta, kalau sekitar rumah dia takpe la jugak ni tak tah kenapa anjing hitam ni semua suka sangat bersantai kat atas jalan raya tah...

nak dijadikan cerita semalam Sonia ngan bos Sonia nak balik dari keje,kami balik lewat sikit sebab ada keje nak dihabiskan, so kami balik naik serupabike la katakan...dalam pukul 8 malam
belum la lewat lagi tapi agak gelap la jugak sesetengah kawasan yg lampu jalannye rosak, sampai satu selekoh Sonia pun amik lap la sikit dengan kelajuan mencecah 80 km per jam.. sesedap Sonia lap kat selekoh tu sampai la sikit zone gelap..mase kat zone gelap tu Sonia jalan tepi aje lah untuk bagi kereta belakang memotong kita...

Tiba-tiba tengah syok bawa serupabike kami tu muncul sekor Anjing Hitam yang tengah terkedek-kedek jalan yang menampakkan bon?&% die tu... dengan tak pasal2 Sonia yang da pro bawa Serupabike tu takdapat nak mengelak Anjing Hitam tu tadi..

Apa lagi kiteorg pun langgar la bon?&% Anjing Hitam tu tadi, nak kata kesian..kesian la jugak,nak dicakap banggang tu Anjing..ape lah yang dia tahu kan... urmmm dalam keadaan cuak meluak2 tu Sonia dengan bos Sonia pun terkejut la dengan tersentak Serupabike kami...

Anjing Hitam tu tadi tercengat2 menjerit melarikan diri, nasib baik lah takder org mase tu
kalau tidak kami da dituduh langgar lari...
tapi kesian gak lah ngan Anjing Hitam tu tadi...

Sampai je kat rumah, kami pun tengoklah serupabike kami yang mahal lagi jitu tu..malang tak berbau langsung bile cover depan serupabike kami pecah n sisi nye retak dan signal serupabike kami pun pecah gak...rase geram pulak muncul kat Anjing Hitam ni...boleh lak die lari camtu je tanpa bayar ganti rugi
huhuhuhuhuhuhuhu

Tapi apakan daya Anjing Hitam tu tak berpelajaran

pengajaran untuk semua supaya berhati-hati bila memandu atau menunggang di waktu malam lagi2 di laluan yang gelap...kebarangkalian risiko untuk melanggar atau dilanggar amat lah tinggi... dan kepada tuan2 yang memiliki Anjing Hitam sila perhatikan pergerakan Anjing anda dan awasinya seperti mana anda awasi anak-anak anda... dalam masa yang sama anda dapat menyelamatkan binatang2 seperti ini dari terseksa... Sonia nak minta diri dulu yea,ada kerja lain nak dibuat...

Heal The Animal

No comments:

Post a Comment