Thursday, November 5, 2009

NEGERI SEMBILAN vs KELANTAN

Seingat aku kali terakhir Negeri Sembilan memiliki juara Piala Malaysia pada tahun 1948 ketika zaman Perang Dunia Kedua lagi...kirenye da lame la jugak kan...dan sekarang ni sekali lagi Negeri Sembilan negeri kebanggaan den dapat masuk ke final yang mana akan menentang negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Negeri Kelantan.. Walau macam mane pun den totap bebangge dgn Negeri Sembilan sobab bjaya sampai ke peringkat akhir...
cube bace sikit perkenalan mengenai skuad Hoben Jang Hoben ni



Negeri Sembilan FA merupakan salah sebuah pasukan bolasepak di Malaysia. Pasukan ni diuruskan oleh Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS). Ketika ni pasukan ni merupakan salah satu pasukan dalam Liga Super, iaitu liga tahap teratas Liga Malaysia Sejarah bolasapak Negeri Sembilan dikenalpasti bermula pada tahun 1923, ia bdasarkan satu petikan dalam buku sejarah bolasepak Malaysia melalui temuramah dengan Austin Senevirathe yang berusia 93 tahun ketika ditemuramah, seingat beliau perlawanan Piala Malaya (nama baru Piala Malaysia) di antara Negeri Sembilan menentang Singapura pada tahun tersebut.· Presiden PBNS – Dato’ Wan Salaidin, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan menjadi presiden PBNS semasa Dato’ Mansor Othman menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Setiausaha Kehormat PBNS semasa itu ialah En. Ramalingam. Pejabat PBNS pada masa itu adalah di pejabat En. Ramalingam di Paul Street.· Dato Rais Yatim menjadi Menteri Besar menggantikan Dato Mansor Othman. Seterusnya perlembagaan PBNS di tukar dengan membenarkan hanya MB menjadi presiden PBNS sehingga sekarang. Sebelum ini jawatan Presiden dipilih melalui mesyuarat agung PBNS. Pejabat PBNS pada masa itu terletak di tingkat atas Bangunan Poliklinik Rakyat, Bandar Seremban.· 1982 – Dato Mohd Isa Samad, Menteri Besar ketika itu telah memegang jawatan presiden PBNS selama 22 tahun. Setiausaha kehormat ialah Dato Abdullah Sani Abd Hamid yang menggantikan Kapt. Hadi. Bangunan PBNS telah dibina setinggi tiga tingkat di Medan Rahang, Seremban di atas tanah PBNS pada tahun 1992.· 2004 – Dato’ Seri Utama Mohamad Haji Hassan dilantik menjadi Menteri Besar menggantikan Tan Sri Mohd Samad memegang jawatan presiden PBNS. Dalam mesyuarat agung PBNS, En. Abd. Halim Abd. Latif dilantik memegang jawatan sebagai Setiausaha Kehormat menggantikan Dato’ Abdullah Sani Abd Hamid yang dinaikkan pangkat memegang jawatan Timbalan Presiden PBNS.
Nama penuh: Football Association of Negeri Sembilan
Gelaran: The Deer
Ditubuhkan:Lokasi: Tuanku Abdul Rahman Stadium Seremban, Malaysia (Kapasiti 30,000)Pengurus: Wan Jamak Wan HassanLiga: Liga Super Malaysia2006-07 ke-11Rekod
* Piala Malaysia Naib Juara (2): 2000, 2006
* Piala HMS Malaya Juara (1): 1948
* Liga SuperJuara (1): 2006Naib Juara (1): 2008
* Divisyen 1 atau Perdana 1Juara (1): 1991
* Piala FA MalaysiaJuara (1): 2003
* Liga Perdana, Divisyen 2
Perdana 2Naib Juara (1): 2004


kepada skuad Negeri Sembilan, aku ucapkan semoga berjaya ya... jangan lepaskan peluang yang yang ada...
JANGAN LUPA SAKSIKAN PERLAWANAN AKHIR ANTARA NEGERI SEMBILAN(negeri den) MENENTANG KELANTAN PADA 7NOV JAM 8.45 MALAM DI STADIUM BUKIT JALIL

1 comment: